PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah.
Jelasnya, perkembangan kes COVID-19 boleh berubah mengikut hari demi hari.
"Susulan tindakan agresif kerajaan dengan menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach), lebih banyak kes telah dapat dikenal pasti dan kini jumlah kes didapati sedikit menurun. Namun situasi ini masih berubah mengikut hari dan masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai rendah.
"Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
KKM memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia untuk saling menjaga dan melindungi diri dari virus COVID-19 dengan mematuhi PKPB, mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun, mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.
Kementerian itu juga akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.
No comments