Halaman

    Social Items

 

MENTERI Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad membuat permohonan maaf terhadap kesulitan yang dihadapi para pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

"Saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19 ini," kata beliau.

Noraini berkata, kementerian telah berbincang terlebih dahulu dengan semua pihak pengurusan IPT termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai agensi utama dalam pengurusan hal ehwal penularan pandemik.

"Saya mengambil maklum rintihan dan keluhan pelajar serta ahli keluarga mereka susulan keputusan pihak IPT menangguhkan pendaftaran fizikal.

"Saya berharap pihak IPT dapat bersikap wajar, bertimbang rasa dan munasabah dalam menguruskan segala hal yang berbangkit berhubung penangguhan ini." katanya menerusi posting di halaman Facebook beliau, pada Sabtu.



Menurut Noraini, pelajar yang sudah tiba di kampus boleh terus kekal di kampus masing-masinh sementara menunggu arahan seterusnya daripada pihak universiti.

Bagi pelajar yang masih di kediaman atau kampung halaman masing-masing, beliau berkata, mereka diminta untuk menangguhkan dahulu seketika pergerakan untuk pulang ke universiti.

"Saya berharap kita dapat bersama-sama membendung penularan wabak Covid-19 ini," katanya.

Terdahulu, para pelajar menyuarakan kekecewaan dan rasa tidak puas hati mereka di laman Twitter apabila kementerian mencadangkan IPT mengubah kaedah pendaftaran untuk semester baharu, kepada secara dalam talian.

Menurut kementerian itu, semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga harus beralih ke platform dalam talian untuk memastikan keselamatan kakitangan dan pelajar. - The Star


Menteri Pengajian Tinggi mohon maaf atas kesulitan pendaftaran pelajar IPT

 COVID-19: 293 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini

Sumber : Berita Harian



KUALA LUMPUR: Sebanyak 293 kes jangkitan baharu COVID-19 direkodkan Kementerian Kesihatan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya meningkat kepada 12,381 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan 292 kes penularan tempatan, masing-masing 269 rakyat tempatan dan 23 bukan warganegara, manakala satu kes lagi adalah kes import.

Katanya, seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dengan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan, selain tiada kematian dicatatkan, hari ini.

Semalam, jumlah kes positif harian COVID-19 merekodkan 317 kes, satu angka tertinggi sejak virus itu menular dalam negara.

Berita lanjut menyusul

COVID-19: 293 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini