Halaman

    Social Items




Syed Bakri Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed membuat teguran secara terbuka kepada Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Syed menegur perlakuan Anju dan kekasihnya yang dengan sengaja memuat naik video-video mesra untuk tatapan umum.

"Salam ramadhan buat pelakon bernama Anju dan kekasihnya. Video-video kemesraan kalian berdua, berkali-kali dengan sengaja dimuat naik ke media sosial kalian sekaligus menjadi tatapan followers kalian.

"Ambe nak tanya, semua itu atas tujuan apa ye? Adakah semata-mata untuk menunjukkan kemesraan atau nak tunjukkan kalian berani sekali melanggar batas yang dilarang dalam agama dari melepasinya?" tanya Syed.

Pesan Syed supaya Anju takut kepada Allah atas apa yang ditunjukkan kepada peminat-peminat kerana tiada hak yang lebih besar dari hak Allah yang patut umat Islam patuhi.

Syed juga meminta Anju untuk membantu Islam dan umatnya, khususnya pengikut-pengikut Anju agar takut kepada Allah.


“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar mengenai halal haram) yang tidak diketahui oleh ramai orang.

"Maka sesiapa yang takut terhadap syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.

Sumber : gempak

"Takutlah Kepada Allah" - PU Syed Tegur Video-Video Mesra Zarina Anjoulie Dan Kekasih



PUTRAJAYA : Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah.

Jelasnya, perkembangan kes COVID-19 boleh berubah mengikut hari demi hari. 

"Susulan tindakan agresif kerajaan dengan menggunakan pendekatan tertumpu (targeted approach), lebih banyak kes telah dapat dikenal pasti dan kini jumlah kes didapati sedikit menurun. Namun situasi ini masih berubah mengikut hari dan masih terlalu awal untuk mengisytiharkan bahaya COVID-19 sebagai rendah.

"Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"KKM ingin mengingatkan bahawa penurunan jumlah kes tidak seharusnya membuatkan masyarakat alpa dan terlalu mengambil mudah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Malahan masyarakat diseru untuk terus mengekalkan segala usaha selama ini dalam memerangi virus ini bersama Kerajaan," katanya dalam sidang media harian di sini pada Rabu.

KKM memohon kerjasama daripada rakyat Malaysia untuk saling menjaga dan melindungi diri dari virus COVID-19 dengan mematuhi PKPB, mengamalkan tahap kebersihan yang optimum pada setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun, mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain dan mengamalkan norma-norma baharu dalam kehidupan seharian.

Kementerian itu juga akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.



Masih terlalu awal isytihar bahaya COVID-19 sebagai risiko rendah- KP Kesihatan


Satu kajian baru-baru ini menunjukan carian kondom dalam platform secara talian meningkat kira-kira 61 peratus dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Menurut laporan Astro Awani, selain kondom antara produk yang mencatatkan lonjakan dalam pencarian sejak PKP bermula adalah kit ujian kehamilan yang menyaksikan peningkatan sebanyak 79 peratus.

Penyedia perbandingan produk dan harga di Asia Tenggara, iPrice Group yang menjalankan kajian itu berpendapat rakyat Malaysia  berkemungkinan memenuhi kebosanan terkurung di rumah dengan  menghiburkan pasangan masing-masing.

"Pun begitu adalah sesuatu yang tidak hairan ketika penularan COVID-19 apabila carian ke atas produk kategori kesihatan seperti topeng muka dan hidung meningkat hampir 648 peratus," kata kenyataan itu. 


Dalam pada itu, perubahan dalam tingkah laku belian juga mula menunjukkan rakyat Malaysia sedang menyesuaikan diri kepada situasi kehidupan baharu apabila carian ke atas alat menggunting rambut untuk tujuan trimming menyaksikan peningkatan sehingga 17,652 peratus pada pertengahan bulan Mac.


Sementara itu, kenyataan itu menyebut PKP juga dilihat mengalakkan aktiviti sukan di dalam rumah apabila carian ke atas yoga mat dan tali skipping  meningkat antara 1,016 peratus sehingga 5,528 peratus.

Hasil kajian juga menyaksikan peningkatan ke atas alat keperluan dapur seperti alat pembuat roti, air fryer dan ketuhar antara 1,058 peratus dan 7,587 peratus.

Kajian yang dijalankan dengan mengambil hampir satu juta pengunjung iPrice Malaysia itu dijalankan pada 18 Mac hingga 17 April lalu selepas melihat lanskap pembelian secara dalam talian memperlihatkan perubahan yang ketara.
 
Sumber: Astro Awani

Kajian Menunjukkan Kondom & Kit Ujian Kehamilan Laku Ketika PKP


Kaedah yang digunakan Malaysia untuk menangani wabak COVID-19 turut diamalkan di Taiwan, Korea Selatan serta Vietnam dan apa yang pasti negara-negara terbabit telah berjaya menangani penularan virus berkenaan. 

Memetik laporan Astro AWANI, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiga negara itu juga berjaya kerana kepatuhan rakyatnya terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa masing-masing.

"Memang kaedah ini diamalkan di Taiwan, Korea Selatan dan mereka berjaya dan sekarang ini Vietnam juga melaksanakan kaedah-kaedah PKPB dan bukan PKP. Kenapa mereka berjaya? Kalau kita kaji kenapa mereka berjaya tanpa halangan ekonomi contohnya di Taiwan.

"Mungkin mereka telah melalui peperangan. Jadi mereka memastikan kepatuhan kepada SOP untuk mereka hidup. Kalau konsep ini dipraktikkan di Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam jadi kita harap rakyat kita patuh dan ada disiplin sosial yang tinggi dan mungkin kita akan berjaya," katanya dalam sidang media harian di Putrajaya pada Rabu. 


Malah, beliau menyatakan COVID-19 di Malaysia ketika ini terkawal di sebalik jumlah kes harian yang dilaporkan. 

"Kita sudah kurangkan kes kepada dua angka. Dalam modelling kita, kita tertinggal seminggu. Jadi kita ada seminggu lagi. Modelling kita sepatutnya 5 Mei, tetapi kita anjakkan ke 12 Mei untuk kita capai sama ada dua atau satu angka.

"Apa yang penting terkawal, maknanya hospital kita dapat menampung kes COVID-19. Hari ini penggunaan wad dan ICU berkurangan, mereka yang perlu bantuan pernafasan berkurangan. Jadi ada keperluan PKPB. Kejayaan PKPB bukan bergantung kepada KKM atau kepada kerajaan tetapi rakyat Malaysia. 


"Jaga jarak sosial, pakai topeng, basuh tangan dan elak perhimpunan. Selagi kita tidak jumpa ubat COVID-19 selagi itu kita kena hidup dengan COVID-19 dalam hidup kita," tambahnya.

Sumber: Astro AWANI


Wah... Taiwan, Korea, Vietnam Turut Amalkan Kaedah Malaysia Tangani COVID-19 & Mereka Berjaya!